Rindu itu adalah perasaan,
Rindu itu adalah kurniaan Allah,
Rindu itu adalah lumrah,
Namun rindu itu sangat menyesakkan dada.
Apabila ada rasa sayang dan kasih,
Rindu itu pasti ada.
Walaupun dekat apatah lagi jauh,
Rindu itu tetap ada.
Rindu yang takkan pernah mati walaupun seketika.
Rindu itu takkan pergi meski hari telah bersilih ganti.
Setiap detik terkenang,
Setiap langkah terbayang,
Betapa rasa rindu itu mampun mengusik ketenangan hidup,
Betapa rasa rindu itu mampu membunuh kedamaian hati
Betapa rasa rindu itu mampu mematikan senyuman di bibir.
Pabila menyepi,
Rindu itu bertandang lagi,
Pabila berdiam diri,
Rindu itu berulang kali menghampiri,
Pabila menghilangkan diri,
Rindu itu terus menerus merasuk rasa.
Makin jauh berlari pergi,
Makin mendekat rindu mengejar.
Makin kuat untuk melupakan,
Makin rindu ini menyesakkan nafas.
Makin teguh hati cuba bertahan,
Makin meraja rasa rindu dalam diri.
Rindu itu tiada penawar,
Melainkan berjumpa dengan apa yang dirindui,
Namun perasaan ego menahan diri dari melepaskan rasa rindu
Seteguh mana mengengam erat keegoan itu,
Perasaan rindu itu tak mempu dinafikan jua,
Membuatkan rasa rindu itu terus mencengkam jiwa.
Terduduk layu di balik bayang sendiri,
Tenggelam dalam deru angin malam,
Merenung sejauh mana mampu berjalan pergi,
Apakah mampu untuk ku menahan rasa rindu ini,
Atau tenggelam dalam luka yang terlalu dalam
Ku pujuk hati melepaskan rindu itu pergi,
Ku pujuk jiwa meluahkan rasa rindu pada Ilahi,
Ku pohon doa agar rasa rindu mampu diubati,
Kerana hanya Dia yang mampu mengubati.
NUKILAN: ESPIRANZA
03/10/2013
10:43PM
