Quantcast
Channel: 0823 2825 5980 | Jasa Tambah Kontak BBM Murah
Viewing all 142 articles
Browse latest View live

Fisioterapi/Physiotherapy

$
0
0



Somebody asked me: "You're a physio?
How much do you make?"
I replied: "HOW MUCH
DO I MAKE?"  
I can make holding your hand
seem like the most important thing in the world when you're scared.
I can make you walk when you can't.
I can help you to retain your strength after an accident.
I can relieve your pain when your pills can't.
I can give you hope when you have lost one.
I can make you get up from a wheel chair.
I can keep you fit, healthy & strong.
I work all day to make my patients live...
I will drop everything and run to make sure you never fall!!!
I make my family wait for dinner
until I know your family member is taken care of...
I make myself skip lunch so
that I can make sure that everything I did for
you today was correct...
I work weekends and holidays because
people don't just get sick Monday though
Saturday and during normal working hours.
Today, I might make your life complete.
How much do I make?
All I know is, I make a difference.

-Anonymous

Kata-kata ini, Ana dapat dari FB. Jadi, Ana nak kongsi dekat sini, buat mereka-mereka yang masih belum tahu apa itu Fisioterapi/Jurupulih perubatan anggota/pegawai pemulihan perubatan (anggota) atau dalam bahasa omputih nya Physiotherapy/Physical Therapy. Walaupun, di hospital ramai orang selalu memanggil physiotherapy sebagai doctor, tapi hakikatnya, physiotherapy bukanlah doctor. physiotherapy jauh berbeza dengan doctor walaupun kami sama-sama berada dalam bidang medical.

Teringat dialog bersama patient masa practical di hospital:

Patient: “Doctor, lepas ni kat mana kami nak ambil ubat yer?”
Saya: “Err, kami tak bagi ubat yer kak. Kami rawat secara manual jer.”
Patient: “Ehh, kenapa doctor yang ni tak bagi ubat? Macam mana nak sihat nanti?”
Saya: “Tak semua sakit mampu sihat dengan ubat kak, sebab tu saya ajar exercise tadi, kalau selalu buat, insya-Allah boleh cepat sihat.”

Ya, itu perbezaan paling ketara antara physiotherapy dengan doctor. Doctor merawat dengan memberi ubat kepada pesakitnya. Kami merawat menggunakan tangan kami dan segala tenaga yang ada dalam diri kami untuk pesakit-pesakit kami. Apa yang penting, doctor dan physiotherapy itu saling memerlukan untuk memastikan pesakit akan terus pulih dan sembuh sepenuhnya. Teamwork itu penting, saling berkerjasama dan saling membantu.



Sebab tu, bila Ana belajar sekarang, perkara yang paling ditekankan adalah manual technique. Buat mereka yang ingin menyambung dalam bidang ini, perkara yang anda kena tahu adalah, kalau setakat power teori, hafal semua buku yang ada sekali pun, tapi kalau secara practical dan manual technique nya fail, maka hancurr lah result study anda. Tapi kalau manual technique tiptop dah, teori pulak hancur, sendiri boleh fikir, berkesankah treatment yang akan diberi pada patient? Kerjaya physiotherapy memerlukan anda untuk power kedua-duanya. Teori dan practical kena mantopp. Stabilkan kedua-duanya, insya-Allah, boleh berjaya. Percayalah, bidang ini diwar-warkan sangat susah, tapi sebenarnya, bidang ini amat menarik untuk diteroka ilmunya. 

Physiotherapy bertanggungjawab untuk merawat sesiapa sahaja dari usianya seawal bayi yang baru lahir sehinggalah kepada mereka yang sudah tua yang ada masalah dengan fizikal mereka. Tugas physiotherapy adalah untuk memulihkan fizikal mereka sehingga dapat memastikan pesakit mampu untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka ke tahap tertinggi yang mereka mampu capai. . Atau dengan bahasa mudahnya, tanggungjawab physiotherapy adalah dalam bahagian pemulihan atau pencegahan terhadap kecederaan yang terjadi pada tubuh badan anda. Nama pun dah jurupulih kan, memang untuk memulihkan lah. Hehe. (Kalau tak paham apa itu fisioterapi, boleh comment, nanti explain lagi. *MalasNakTaip* Hee. )




Contohnya, orang yang patah kaki, kita akan ajar dan bagi senaman untuk kuatkan balik kaki yang patah tu, supaya mereka dapat  berjalan balik. Untuk mereka yang ada masalah pernafasan, kita akan ajar mereka supaya mereka boleh bernafas dengan tenang dan tak suah lagi dah. Untuk yang kena strok, kita akan train supaya bahagian yang lemah itu kuat dan berfungsi semula supaya mereka boleh menjalankan kehidupan seharian. Untuk mereka yang lumpuh, kita boleh rawat dan ajar mereka cara untuk mereka hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa lagi. Dan macam-macaam lagi lah sakit yang ada di bawah pengawasan physiotherapy. Tapi, bak kata senior Ana, “Kita ni hanya mampu usaha nak merawat dan membantu memulihkan pesakit tapi kita bukan Tuhan yang mampu untuk menyembuhkan.” Apa pun yang physiotherapy lakukan, segalanya tetap bergantung kepada usaha dan semangat pesakit itu sendiri untuk sembuh.

Walaupun kadang-kadang, Ana ada hilang focus dan minat sewaktu belajar, satu yang buat Ana terus kekal dalam bidang ni, bila Ana keluar clinical posting di hospital, Ana dapat lihat kerjaya physiotherapy ini adalah satu kerjaya yang mulia. Physiotherapy menghulurkan bantuan dengan mencuba untuk memulihkan mereka di waktu mereka hilang harapan dan semangat. Apa-apa kerja pun boleh jadi ibadah, bergantung kepada niat kita. Walaupun physiotherapy ini tak pernah ada dalam list cita-cita waktu zaman sekolah dulu, insya-Allah, Ana yakin takdir yang Allah tetapkan untuk Ana adalah yang terbaik untuk Ana.



(p/s: Proud to be a future physiotherapy.)



Menjadi lebih BAIK atau lebih TERUK?

$
0
0

Untuk kesekian kalinya, Ana berbicara soal PERUBAHAN. Tapi, selalunya Ana akan bercakap tentang perubahan ke arah yang lebih baik. Kali ini, kita ubah ke arah yang bertentangan, perubahan ke arah yang lebih teruk. Hakikatnya, manusia memang boleh berubah. Itu fitrah kehidupan.

Sama ada ke arah yang lebih baik atau yang lebih teruk. Pilihan itu ada dalam tangan kita. Dan kita yang menentukan apa sebenarnya pilihan hidup kita, bukanlah orang lain. Pilihan itu selalunya hadir berpasangan dan bertentangan sifatnya. Contohnya, manis atau pahit, baik atau buruk, positive atau negative, bahagia atau derita, doasa atau pahala, syurga atau neraka.

Apa yang menyebabkan manusia itu berubah ke arah yang lebih teruk?



Situasi 1: Kerana CINTA yang mengecewakan/ DENDAM yang tak terbalas

Ahmad seorang yang baik dan setia orangnya. Ahmad ada ilmu agama yang menjadi pegangan hidupnya. Belum pernah terjebak dalam masalah hati dan perasaan sepanjang dia hidup, namun setelah mengenali Limah, Ahmad mula dapat merasakan kemanisan CINTA yang disangkakan akan berpanjangan.

Ahmad sangat menyayangi Limah, namun sayang Limah pada Ahmad tak sedalam sayangnya Ahmad pada Limah. Ahmad sanggup berkorban jiwa dan nyawa untuk Limah. Tapi Limah tak sanggup mengorbankan walaupun RM1 untuk Ahmad. Limah bersama Ahmad hanya untuk mengisi kekosongan dan kebosanan masanya.

Sampai saatnya, Limah mula tawar hati dan bosan dengan Ahmad, lalu Limah meninggalkan Ahmad tanpa sebarang kata pemutus antara mereka. Ahmad kecewa. Ahmad menangis. Ahmad terluka. Ahmad cuba mengubati lukanya, Ahmad jumpa Psychiatrist, Ahmad jumpa tok bomoh untuk berubat. Namun, gagal.




Dalamnya luka Ahmad sehingga mengubah dirinya menjadi seorang yang pendendam. Ahmad takkan semudah itu melepaskan Limah setelah apa yang telah Ahmad korbankan untuknya. Ahmad bertekad, tiada siapa pun yang akan dapat memiliki Limah sehingga dendamnya terhadap Limah terlunas. Walaupun Limah adalah orang yang pernah Ahmad canangkan di serata dunia bahawa Ahmad menyayanginya, kini, Ahmad bertekad untuk menjatuhkan Limah supaya Limah rasa apa yang dia telah rasa selama ini.

Tak cukup dengan itu, Ahmad sudah tak percaya dengan CINTA dan WANITA. Ahmad menjadi playboy terkemuka di abad ini. Sweet talker. Romantik habis sampai ramai perempuan cair. Berkepit dengan ramai wanita walau di mana sahaja Ahmad berada. Dosa dan pahala sudah dilupakan, asalkan hati Ahmad puas. Ahmad menyalahkan Limah atas perubahan yang terjadi atas dirinya.


Situasi 2: Kerana KEJAYAAN/KETAMAKAN dalam mendapatkan harta

Ali hidup susah sedari kecil. Berkerja dengan tenaga yang dia ada sejak usianya 10 tahun demi mencari sesuap nasi. Namun, Ali bukanlah seorang yang mudah berputus asa. Ali sabar dan tabah menghadapi dugaan, berkerja keras, rajin demi mencapai kejayaan.

Ali sedar, di zaman moden sekarang, hampir segalanya memerlukan wang. Ali perlu memastikan dia boleh berjaya dan bertekad bahawa tiada siapa pun akan mengalami nasib seperti dirinya. Bermacam dugaan yang pernah Ali hadapi, namun Ali terus tabah meneruskan kehidupan.



Kini, pada usia 25 tahun, Ali sudah berjaya memiliki perniaagaan sendiri. Ali bangga dengan kejayaan yang dia miliki. Ali semakin ghairah dalam mengumpul harta dunia. Rasuah dan  riba adalah makanan harian Ali demi memastikan perniagaannya mampu bertahan dan berkembang maju.

Ali lupa akan niatnya dulu sekiranya dia telah berjaya. Malah Ali seolah-olah hilang sifat kemanusiaan apabila menindas holongan lemah dan miskin demi menambah kekayaan yang telah dia ada. Ali tak nak kembali ke zaman dia susah dulu, jadi Ali sanggup mengadai maruah dan agama demi mendapatkan harta berlipat kali ganda. Dari seorang yang penyabar dan pemurah, Ali berubah menjadi seorang yang panas baran dan kedekut. Ali menyalahkan takdir hidupnya yang susah dahulu atas perubahan yang terjadi atas dirinya sekarang.

                Cukuplah 2 situasi sebagai contoh. Situasi berkenaan tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau pun yang telah tiada. Sekadar rekaan semata-mata, cerita yang boleh didapati dari drama petang-petang dalam tv. Patut ke kita menyalahkan orang lain yang menjadi punca kepada perubahan kita? Patut ke kita menuding jari pada takdir yang tak menyebelahi nasib kita? Benar ke mereka yang berubah atau tanpa kita sedari, kita yang sebenarnya telah berubah?

Kita yang memilih untuk berubah, kita yang memilih untuk jadi lebih teruk atau baik, untuk lebih positive atau negative, tapi kenapa kita nak menyalahkan orang lain atas perubahan kita? Keputusan untuk berubah itu bukan atas dasar paksaan, kita yang buat sendiri. Jangan disebabkan untuk menutup kesalahan diri sendiri, kita meletakkan kesalahan itu dekat orang lain. Masalah takkan pernah selesai dengan cara itu.



Sebelum kita bercakap tentang orang lain, cuba kita lihat kembali diri kita, diri kita 5 tahun yang lepas, dengan yang ada sekarang. Adakah kita telah berubah? Perubahan yang lebih baik atau yang sebaliknya? Kalau ke arah yang lebih baik, Alhamdulillah. Tapi kalau yang lebih teruk? Jarang kita sedar kalau kita berubah menjadi teruk, tapi insan yang rapat dengan kita akan perasan dulu. Macam kita tak sedar kita dah buat silap, kita takkan sedar sampai ada yang menegur. Kenapa perlu kita sibuk mencari dan melihat perubahan dalam diri orang lain sedangkan diri kita sendiri telah jauh berubah? *Think*

Jangan sampai kita menuju ke arah yang lebih teruk dari hari yang semalam. Banyak kan muhasabah diri sebab kadang-kadang kita tak sedar kita makin teruk hari demi hari. Orang selalu cakap, kita kena yakin dengan diri kita, tapi orang juga selalu cakap jangan sampai kita over-confident. Jangan asyik fikir, kita ini baik, cool, dan semua orang suka kita. Haters are everywhere and haters also could be your motivation to change. Adakalanya, kita kena rendahkan diri kita supaya kita tak terbang terlalu tinggi hingga lupa untuk berpijak di bumi  yang nyata.

Selalu recheck amalan dan akhlak kita hari-hari. Sebelum tidur, dari dok berangan benda yang tak berfaedah, cuba renung apa yang kita dah buat sepanjang hari. Jauhkan diri dari sifat amarah dan dendam, cuba untuk jadi seorang yang pemaaf. Jauhkan diri dari segala benda yang bersifat negative kalau kita tahu diri kita ini mudah terpengaruh dan terpedaya dengan permainan dunia. 

(p/s: Sekadar peringatan bersama, supaya diri ini tak menjadi lebih teruk dari semalam.)



Menjauhi COPY PASTE dan rasa RIAK

$
0
0

Antara golongan terawal sekali yang akan di heret ke dalam neraka adalah golongan yang kita tak pernah sangka-sangkakan.

Bahawa pada hari kiamat nanti, 

ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka.

Setiap umat ketika itu berlutut.  Golongan terawal yang akan dipanggil adalah

 ORANG ALIM, ORANG KAYA dan ORANG YANG BERPERANG DI JALAN ALLAH S.W.T.

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,

”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?”

Orang itu menjawab: “Benar,wahai Tuhan.”

ALLAH SWT kembali bertanya:  ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?”

Orang tersebut menjawab: “Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari”

Malaikat berkata kepadanya: “engkau berdusta”.

ALLAH SWT berfirman: “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.




Kita start post ini dengan intro yang serius, supaya terkesan di hati setiap yang membaca. Boleh baca artikel penuh di link yang Ana sertakan sekali di atas. Sebenarnya, Ana sendiri takut andai tergolong dalam golongan yang dikatakan itu. Kadang-kadang kita sukar untuk mengikhlaskan hati dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Walaupun kita mula-mula ikhlas, niat kita baik, tapi bila dipuji-dipuja oleh manusia, akan adalah perasaan riak di dalam hati kita. Bila riak, bangga diri mula beraja dalam hati, mula lah kita nak menunjuk-nunjuk, dan akhirnya kita sendiri tak sedar keikhlasan kita dah terluput bila kita mula berasa riak dengan kebaikan yang telah kita lakukan.

“Ada apa dengan nama? Pangkat? Darjah kehormatan?

 Kalau kita bangga dengan semua itu, itu boleh menimbulkan rasa RIAK.

Sungguh. Allah tak nilai pun semua itu.” (Mr.Z, 2013)


Ana terfikir tentang perkara ini bila hati Ana sedih dan kecewa bila melihat ada artikel Ana, ayat-ayat Ana, post-post yang ada dalam blog ini, dicopy, diciplak, diubahsuai dan diedit mengikut kesesuaian, tanpa sebarang citation atau link ke blog ESPIRANZA ini. Bukan sekali dua, tapi dah jumpa banyak kali. Rasa nak marah, rasa geram bila hasil usaha kita dicopy macam tu saja, macam mereka yang tulis. Tak guna andai follower beribu, like beribu tapi sebenarnya semua itu bukan hasil dari minda kita sendiri. 


"You were born an original. Don't die a copy."



Idea kita dicuri. Ya, ini adalah satu kes curi. Ambil sebarang harta, karya sesiapa tanpa izin atau citation, itu dikira mencuri. Dan rasanya semua orang tahu mencuri itu adalah DOSA! Tak susah pun, kalau tak nak minta izin, boleh copy jer, tapi letak citation link, paling tak pun, letak lah nama blog/penulis sebagai tanda penghargaan dan penghormatan. Kalau nak copy ayat, malas letak citation, letak tanda pun dah memadai. Itu tanda ayat yang kita ambil, bukan ayat kita. Simple kan? Kalau buat research, further study, ambil master/phd, sesiapa yang mengabaikan citation kepada penulis asal, anda boleh dikenakan hukuman undang-undang. Kalau dalam dunia blogging pun ada macam tu, rasa-rasanya berapa ramai akan dikenakan hukuman?

Tapi, bila Ana duduk sorang-sorang, duduk merenung dan muhasabah, recheck balik tujuan menulis, Ana sedar Ana takde hak nak marah. Ana menulis untuk berkongsi rasa hati dan pendapat dengan semua orang. Bila ada yang copy, itu maknanya post itu memberi manfaat sampai ada yang nak berkongsi. Ya, Ana patut bersyukur. Terima kasih kerana masih ada yang sudi membaca dan share post dalam blog ini.

Sebenarnya Ana takut andai timbul rasa riak dalam diri kalau Ana marah-marah bila hasil usaha telah dicopy. Takut tergolong dalam golongan yang Ana sebut tadi hanya kerana riak dan tak ikhlas bila berkongsi. *MogaDijauhi* Menulis adalah minat Ana. Segala apa yang ditulis lebih kepada memberi peringatan untuk diri Ana sendiri. Moga KEIKHLASAN ini berkekalan bila Ana berkongsi melalui kata-kata di blog ini. Moga rasa RIAK takkan menjengah dalam hati andai ada yang memuji. Sama-sama beringat dan sama-sama peringatkan. Mohon maaf andai ada tersalah kata dan andai ada yang terasa hati. 



(p/s: "Bila berdakwah dan berjihad dijalan Allah SWT tidak mengharapkan ganjaran atau pun pujian orang ramai. Di hina atau di puji tidak akan melemahkan semangat atau menjadi lebih semangat, kerana tidak ada balasan ganjaran yang lebih baik melainkan ganjaran daripada Allah SWT.")


Kenangan di Hospital Sg. Buloh

$
0
0
Kata orang, kalau hendak menimba pengalaman dan ilmu, pergilah merantau di tempat orang. 

Pergilah di merata-rata tempat, pasti kita akan dapat pengalaman yang berbeza-beza.

Posting practical di Hospital Tunku Ampuan Najihah dulu adalah amat berbeza dengan practical di Hospital Sg.Buloh.

Hospital di kawasan kampung sudah semestinya berbeza dengan hospital di tengah bandar. Tapi, kedua-dua hospital tetap terbaik. Ada kelebihan yang tersendiri.




Lain tempat, lain pesakit, lain cara rawatan, lain peralatan perubatan, maka ilmu yang ditimba juga lain dari yang lain.

Sedut segala ilmu, serap segala pengalaman, simpan segala kenangan dan padam segala kedukaan.

Ilmu itu bukan milik kita seorang dan ilmu Allah itu sangat luas. Semakin banyak yang kita belajar, semakin banyaklah benda yang kita tak tahu sebenarnya.

Makin banyak ilmu yang kita kongsikan, makin luas pengetahuan yang kita ada.

Alhamdulillah, kawan-kawan di sana banyak membantu, tak lokek ilmu, physiotherapy di sana juga banyak mengajar, sedia meluangkan masa untuk berkongsi ilmu walaupun ramai patients.





Walaupun kami selalu buat kesalahan, CI kami yang tetap tak jemu-jemu mengajar kami, sedikit pun tak putus asa dalam mendidik kami.

Walaupun ramai yang berkongsi ilmu, tapi andai diri sendiri tidak berusaha untuk memajukan diri, maka kita tetap akan berada di tangga yang sama sedangkan sahabat yang lain sudah berlari mendaki menuju tangga kejayaan.

Segala pengalaman dan kenangan selama 2 bulan di sana, takkan dilupakan. 

Buat semua staff-staff yang sabar dengan ragam kami semua, sabar melayan kami, terima kasih atas segala tunjuk ajar, terima kasih kerana menerima kehadiran kami, dan maafkan segala ketelanjuran kata dan andai ada terguris rasa.

Pesakit-pesakit di sana yang comel, yang baik hati, yang tak putus asa berusaha untuk sembuh, yang tak lokek berkongsi pengalaman hidup, yang tak kisah walaupun kami hanyalah seorang pelajar practical, mereka tetap memberi kami peluang untuk merawat mereka untuk kami belajar.

Kerenah kawan-lawan, ukhuwah itu terasa lebih kukuh, terasa lebih rapat, apabila kita bersama-sama berjuang demi matlamat yang sama. Bila berada di 1 hospital yang sama, barulah kenal dengan lebih rapat mereka semua. Moga kita semua kekal rapat walaupun dah balik ke Puncak Alam nanti.

Allah telah takdirkan kita semua untuk berada di jalan ini, dan semestinya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita.





Meskipun kita berlainan tempat belajar, ada dari UiTM, ada dari KSKB dan ada jua dari INTI, kita semua adalah pelajar yang bakal bergelar sebagai PHYSIOTHERAPY.

Kita adalah serupa walaupun berasal dari tempat yang berlainan. Dunia physiotherapy tidaklah sebesar mana. Insya-Allah, kita pasti akan berjumpa kembali satu hari nanti. 

Moga ikatan perkenalan ini tidaklah tamat disini sahaja, perhubungan persahabatan tidak terhenti di sini sahaja, kerana kalian adalah rakan yang terbaik dan selamanya kita akan menjadi SAHABAT. 





Moga kita semua bakal menjadi seorang PHYSIOTHERAPY yang berjaya.

(p/s: "You do it right the first time, you'll do it right every time." - Puan Hanisah. )


Islam itu sempurna, manusia memang tak sempurna.

$
0
0

“Ahhhhh! Nampak jer alim, baik mamat tu,
 sembahyang tunggang terbalik,
tapi rupanya kaki perempuan!”

“Elehh, tengok dari luar memang lah baik,
Pakai tudung litup,
Tapi hati busukkk, nak buat apa!”



Itu lah antara ayat yang kita selalu dengar. Itu lah ayat yang selalu kita cakap tanpa kita sedar.

Kerana hakikatnyat, kita memang suka menilai orang hanya dengan melalui pandangan mata kita.

Orang yang nampak baik, tak semestinya dia betul-betul baik. Orang yang nampak jahat, tak semestinya dia betul-betul jahat.

Satu yang menjadi persoalannya di sini, kenapa perlu mengaitkan antara urusan mereka dengan Allah dengan perangai mereka?

Adakah kita cuba mengatakan bahawa orang yang mematuhi perintah Allah itu adalah MAKSUM? Bebas dari melakukan kesalahan?

Mereka itu tetap manusia biasa, yang selalu melakukan kesalahan.

“ISLAM ITU SEMPURNA, MANUSIA MEMANG TAK SEMPURNA.”



Itu yang kita kena ingat.

Sekurang-kurangnya, tanggungjawab mereka dengan Allah itu sudah selesai.

Sedangkan kita?

Yang menuding jari pada agama tatkala sikap mereka tak memenuhi kehendak kita, adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita terhadap Allah?

“Aku tidak SEBAIK yang kau ucapkan,
Tetapi aku juga tidak SEBURUK yang terlintas di hatimu,”
-          Ali bin Abi Talib

Ilmu tanpa amal, maka sia-sialah jadinya. Mereka yang punya ilmu dan kefahaman tentang agama, maka rugilah jika tidak diaplikasi dalam kehidupan.

Jagalah kata-kata yang keluar dari mulut kita, jangan tunjukkan kebodohan kita bila kita berkata-kata.

Bagi mereka yang telah menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, jagalah sikap dan perangai kita sebaik mungkin. Jangan sampai kita menjadi fitnah terhadap ajaran ISLAM.



Selagi ada yang tak sempurna dalam perangai kita, recheck kembali solat kita, sempurnakah solat kita? Check dari kita ambil wudhuk sehinggalah ke salam, betulkah cara kita?

Bagi yang bertudung, jangan hanya bertudung, recheck balik aurat kita, sempurnakah kita menutupnya? Baju kita ketat tak? Jarang ke tak? Tudung kita menutupi dada ke tak?

Bila kita keluar, kita dah pun membawa imej ISLAM bersama-sama kita, jagalah sikap kita, jangan memburukkan nama agama kita sendiri.

Tanam dalam hati, walau apa pun yang kita buat, walau di mana pun kita berada, ALLAH sentiasa memerhatikan kita.



(p/s: “Jagalah hak Allah, dan Allah akan menjaga hak kamu.”)


Sabar dalam CINTA

$
0
0



Sabarnya diri ini, 
bila berdepan dengan insan yang tersayang..

Sabarnya diri ini, 
bila diperlakukan sesuka hatinya..

Sabarnya diri ini, 
bila diperbodohkan berkali-kali..

Sabarnya diri ini, 
bila dipergunakan apa adanya..

Hati menangis..
Jiwa merana..
Hati hancur..
Jiwa terluka..

Namun diri ini terus sabar..
dan sabar..
dan sabar..

Hanya kerana tak mampu untuk kehilangannya..
Diri ini akan terus sabar..
dan sabar..
dan sabar dengannya..
 

 Kata orang..
sabar itu ada hadnya..

Kata diri ini..
Selagi hati masih sayang..
Diri ini akan terus bersabar..

Kata orang..
Cinta itu buta..
Cinta itu membunuh..

Kata diri ini..
Cinta itu mengajar erti kehidupan..
Cinta itu mengajar erti ketabahan..

Kenapa perlu ada benci jika hati pernah menyayangi?
Bersabarlah kerana benci itu mampu untuk menggelapkan hati..

Kenapa perlu ada dendam jika hati pernah disakiti?
Bersabarlah kerana dendam itu tidak mampu menyelesaikan masalah..

Kenapa perlu memaksa jika kasih tidak terbalas?
Bersabarlah kerana memaksa itu  tak mampu untuk membuat orang kasih pada kita..

Kenapa perlu persoalkan jika segalanya sudah jelas terbukti?
Bersabarlah kerana persoalan itu mampu untuk melukakan lagi hati..

Jangan merayu pada yang tidak sudi..
Jangan menagih kasih pada yang tidak menghargai..

Bergeraklah ke hadapan..
Pasti ketemu insan yang sudi..

Bergeraklah ke hadapan..
Pasti ketemu insan yang menghargai..



Nukilan: ESPIRANZA
20/3/2013
18:24:34

Kau dan Aku

$
0
0



Kita mungkin selalu bergaduh,
Kita mungkin selalu terasa hati,
Kita mungkin selalu menangis,
Kita mungkin selalu salah faham,
Tapi kita akan tetap kembali berbaik juga nanti.

Kau dan aku mungkin berbeza,
Tapi kau dan aku punya keserasian.

Kau api, aku airnya.
Aku api, kau airnya.

Aku lemah, kau kuatkan aku.
Kau lemah, aku akan kuatkan kau.

Aku ego, kau mengalah.
Kau ego, aku mengalah.

Aku marah, kau diam.
Kau marah, aku diam.

Aku berlembut, kau berkasar.
Kau berkasar, aku berlembut.

Sehingga ke akhir nanti,
Kau tetap sahabat aku,
Aku tetap sahabat kau,
Itu takkan pernah berubah.

Walau seteruk mana kita bergaduh,
Walau sekecewa mana hati kita,
Walau apa pun yang akan terjadi,
Persahabatan ini tiada titik noktahnya.

Ini janji aku,
Ini janji kau,
Ini janji kita.

Aku ada kau,
Dan kau ada aku.

Selamanya. 




Nukilan: ESPIRANZA
23/03/2013
18:26:09

(P/S: "I'll care for you until the end, because you'll always be my best friend, Our friendship will never die.")


Belajarlah untuk memahami.

$
0
0


Kadang-kadang, susah untuk kita faham personality seseorang itu.
Kadang-kadang, susah untuk kita faham personality diri sendiri juga.

Makin lama kita kenal, makinlah kita rasa kita tak kenal dia.
Makin lama kita kenal, makin banyaklah benda yang kita tak tahu tentang dia.

Makin lama kita berkawan, makin kita tak rasa kita ni kawan dia ke tak.
Makin lama kita berkawan, makinlah kita rasa kita ni macam orang asing.

Asing dari segi tidak memahami dan mengerti dia.
Asing dari segi tidak sependapat dan sekepala dengan dia.

Mereka yang kita kenal pada tahun 2005 pasti sudah jauh berbeza di tahun 2013.
Kerana, fitrah sifat manusia itu adalah berubah.

Berubah secara sedar ataupun tidak.
Berubah walau sedikit mahupun banyak.

Berubah dari segi luaran, gaya, penampilan, pakaian dan
Berubah dari segi dalaman, cara berfikir, kematangan, sifat dan akhlak.

Kita juga berubah.
Kita juga berbeza dulu dan juga sekarang.

you'll never know my feeling, i'll never know your feeling


Andai mereka mampu menerima perubahan diri kita,
Kenapa kita tak boleh menerima perubahan diri orang lain?

Jangan mempersoalkan tentang akhlak, sikap dan perangai orang lain,
Sebelum kita mempersoalkan tentang akhlak, sikap dan perangai diri sendiri.

Jangan terlalu sibuk menilai tentang hal orang lain,
Sehingga terlupa menilai perihal diri sendiri

Percayalah, susah untuk kita faham orang lain,
Macam itu juga orang susah untuk faham diri kita.

Andai mereka itu sangat rumit untuk dimengerti,
Kita juga sangat rumit untuk dimengerti.

Apa yang kita fikir tak selamanya betul,
Dan apa yang mereka fikir tak selamanya salah.

Bertolak ansurlah.
Berkerjasamalah.

Belajarlah hidup bermasyarakat.
Belajarlah untuk memahami orang lain.

Kerana bukan kita seorang yang ada di dalam muka bumi ini.






Bukit Broga

$
0
0

Bukit Broga.

Akhirnya, sampai juga disini.

Tak pernah langsung jangka dapat sampai ke puncak Broga.

Tak pernah terfikir langsung akan berjaya mendaki hingga ke puncak sana.

Tak pernah terfikir langsung akan menjejakkan kaki di atas sana.

Walhal, angan-angan untuk ke sana sudah bertahun-tahun, Cuma tiada keberanian untuk mendaki ke sana.






Excited berada di puncak! XD

Mungkin bagi kaki daki gunung, kaki aktiviti lasak, Broga adalah ibarat makan kacang jer buat mereka.

Tapi buat Ana yang tak pernah buat aktiviti lasak, tak pernah keluar masuk hutan, tak pernah daki bukit apatah lagi gunung, berkhemah dalam hutan pun sekali jer seumur hidup, pastinya Broga bukan sekacang yang mereka, mereka dan mereka katakan.

Tak pula Ana kata, mendaki Bukit Broga sepayah mendaki gunung Everest. Sudah tentu tidak sama sekali.

Broga berada di tahap sederhana untuk orang yang pertama kali mendaki macam Ana.

Kata orang, kadang-kadang, kita kena cabar diri kita ni, cabar diri kita untuk buat sesuatu di luar kemampuan diri kita.

Sebab kadang-kadang kita sendiri tak tahu di mana tahap kemampuan diri kita.

Belum cuba, belum tahu kan?

Beranilah untuk keluar dari kepompong hidup yang lama.

Cuba sesuatu yang baru. Semestinya sesuatu yang baik untuk dicuba.

Bila sampai di puncak, kita dapat nikmati keindahan ciptaan Allah. Perhatikan kebesaran Illahi.

Subhanallah

Subhanallah
Bagi mereka yang teringin nak daki Bukit Broga, pergilah. Jangan takut. 

Masa Ana pergi tu, budak kecil dalam 4-5 tahun pun berjaya daki ke atas, takkan kita yang dah tua ni tak mampu kan? *MaluSikit*

Cuma 1 nasihat buat mereka yang tak biasa daki, yang tak fit, tak pernah jogging, tak pernah bersukan, tak pernah buat aktiviti lasak, tak pernah naik tangga 10 tingkat tanpa henti, TOLONG JANGAN PAKSA DIRI ANDA.

Berehatlah jika perlu. Tarik nafas semasa mendaki. Biar lambat, biar perlahan, biar orang kata kita slow, janji kita SELAMAT.

Kalau pitam kat atas bukit sana, siapa yang nak tolong kan? Fikir diri sendiri dulu.

Buat mereka yang gayat, takut tinggi, sila daki sampai ke puncak dulu barulah jenguk dan pandang ke bawah.

Dikhuatiri ada rasa mual, pening, nak pitam bila pandang bawah dan tak mampu nak teruskan pendakian.

Paling penting, sila warm up. Jangan pakai daki jer. Esok lusa, sakit kaki, sendiri tanggung jugak. 

Dah warm up, jangan lupa cool down. Simple jer kan?

Lagi satu, jangan lupa bawa air, atas bukit sana takde orang jual air. Orang jual air dekat kaki bukit jer. Nanti jangan sibuk mintak air orang lain pulak. Hee.

Broga, cabarannya terletak masa nak turun bukit yang curam tu bagi Ana. Turun tak sepenat masa mendaki tapi turun perlu kekuatan kaki untuk menahan badan dari terjatuh.

Boleh nampak tak kecuraman yang harus didaki? 

Ok, jom turun. Steady jer memula. Hee 

Last-last, hampir nak terjatuh. HuaHuaHua. Malu jer.

Pergilah Bukit Broga. Sekali berada di atas sana, mesti terasa macam dah tak nak turun lagi dah.

Ada kawan-kawan yang solat subuh di atas sambil tunggu matahari terbit, dapat lihat pemandangannya yang lebih indah.

Ada juga dengar cerita berkhemah dekat atas sana. Tak tau lah betul ke tak.

Tapi walau apa pun, bila dah berada di puncak, bagi yang plan nak berpicnic di atas sana tu, jagalah kebersihan.

Takde siapa nak tolong kutipkan sampah yang kita dah buang. 

Jangan cemari keindahan alam dengan sifat tak bertanggungjawab anda. Dah buat sampah, sila kutip balik.

Sememangnya ini adalah satu pengalaman yang menarik. Dah terasa nak menceburkan diri dalam aktiviti lasak yang lain pulak dah. Lepas ni nak try snorkeling. Haha

Lepas tu, teringin nak daki gunung pulak. Gunung Kinabalu. Boleh? Haha.

Tinggi betul angan-angan. Huhu.




BUKIT BROGA
30/03/2013
8.30A.M



(p/s: Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, selagi  kita fikir yang kita BOLEH melakukannya. )

Ilmu VS Pengalaman

$
0
0





Ramai antara kita punya ilmu, sekurangnya tahu membaca, tahu mengira, tahu mengaji, tahu untuk beza baik dan juga buruk, tahu mengenal perbezaan warna dan sebagainya. Alhamdulillah. Anda sudah ada ilmu. Ada juga yang punya ilmu di tahap yang tinggi, lebih tinggi dan tertinggi. Yakni mereka yang punya UPSR, PMR/SRP, SPM, STPM, Sijil Kemahiran, Diploma, Degree, Master, PhD dll. Alhamdulillah, anda yang punya sijil-sijil berkenaan, terpilih untuk ada kelebihan ilmu di bidang masing-masing.

Dahulu kala, andai ada anak muda yang punya keputusan yang cemerlang, straight A’s misalnya dalam apa-apa sahaja peperiksaan yang diambilnya, wahh, itu sudah mampu menjadi kebanggaan seluruh   rakyat jelata. 10 A’s, 20 A’s, 30 A’s, makin lama makin bertambah A’s nya. Sehingga kini, straight A’s itu bukanlah perkara yang besar lagi dalam kehidupan rakyat jelata kita. Dah tak kisah dah pun kalau ada yang dapat berpuluh A's. Persoalannya, adakah jumlah A’s yang melambak itu mampu untuk menjamin masa hadapan anak-anak muda ini?

Sebagai contoh, Ana punya dua orang abang yang ada Degree dalam Engineering dan juga dalam Human Resources. Tapi mereka end up menjadi seorang usahawan, pemborong barangan RM2 dan ada kedai masing-masing. Jauh menyimpang dari Degree dan apa yang mereka telah belajar. Ana juga ada kakak ipar, punya Degree dalam Nutrition dan Dietetik yang kini bergelar guru di sekolah berasrama penuh. Salah mereka kah kerana tidak mengaplikasi ilmu yang dipelajari dengan kehidupan semasa mereka kini?

Itu yang ingin dibincangkan sekarang. Setiap apa yang kita belajar sekarang ini, tidak menjamin masa depan kita itulah yang kita akan jadi. Bila dah nak tahun akhir ni, ramai yang bertanya,

“Nanti dah habis study, kerja mana?

Confirm ke boleh dapat kerja?

Akan ditawarkan kerja terus ke lepas habis study?

Nak buat apa lepas habis study, kahwin atau kerja?”

Sejujurnya, ikhlas dari hati, Ana sendiri tak mampu jawab soalan itu. Ya, mungkin nanti, Insya-Allah, andai dipermudahkan urusan oleh Allah, Ana bakal memegang Bachelor of Physiotherapy (Hons) pada tahun 2014, tapi itu tak menjamin Ana mampu bergelar Physiotherapy di mana-mana hospital di Malaysia atau dimana-mana tempat yang memerlukan khidmat Physiotherapy.



Rezeki itu di tangan Allah, Allah beri kita jalan supaya kita mampu mencari rezeki dengan ilmu yang kita ada. Tapi kadang-kadang Allah tak beri jalan yang mudah, kadang-kadang kita kena pandai mencari rezeki walaupun bukan berkenaan dengan bidang kita. Di sinilah pentingnya pengalaman. Pengalaman yang tiada diajar di mana-mana buku teks, journal, library, di ajar oleh guru-guru, lecturer-lecturer mahupun mana-mana prof-prof terkemuka di dunia. Experience.

Go out and search for it. Kita tak boleh harap pengalaman datang bergolek-golek dekat kita. Kita tak boleh duduk memerap dalam rumah tanpa keluar berhadapan dengan dunia luar. Dan kita juga tidak boleh mencipta pengalaman tanpa berhadapan dengannya. Di dunia luar itulah, terletaknya 1001 pengalaman. Selalunya, pengalaman itu wujud apabila kita telah melakukan kesilapan. Kalau kita tak berani mengambil risiko kerana takut melakukan kesilapan, agak-agaknya dimana tahap pengalaman hidup kita? 

"Experiences is a hard teacher because they gives the test first, the lesson afterward."

Ada ilmu, tiada pengalaman, ibarat ada nasi tiada lauk. Makan nasi tanpa lauk, hambar, tawar, kosong, tiada perasa. Ada pengalaman, tiada ilmu (yang tinggi, bukan takde ilmy langsung eh), ibarat ada lauk, tiada nasi. Makan lauk, ada rasa, tak tawar, tak hambar, cuma kurang kenyang. Ada ilmu dan pengalaman, cukup pakej untuk makan. Faham tak analogi yang cuba disampaikan?



Sebab itulah antara syarat-syarat yang paling famous bila nak ditemuduga adalah PENGALAMAN bekerja. Sebab orang yang ada pengalaman dengan yang tiada pengalaman lain nilainya. A ada DIPLOMA, tapi A ada pengalaman berkerja 10 tahun. B ada DEGREE, tapi B tiada pengalaman berkerja. Jadi agak-agaknya, siapa lebih dihormati, siapa yang akan lebih orang dengar cakap, atau siapa yang lebih tinggi nilainya? Ilmu dan pengalaman perlu bergerak seiring, baru lengkap dan mudah perjalanan hidup nanti, insya-Allah.

Kalau tak percaya boleh buat research, kajian, atau paling simple, google jer. Antara orang yang berjaya dan jutawan, ramai antara mereka tak punya sijil yang tinggi seperti Masters dan PhD. Mereka hanya aplikasi pengalaman hidup mereka untuk menjadi asset kejayaan mereka. Tapi Ana tak cakap mereka yang punya Masters atau PhD tak boleh berjaya yer. Segalanya bergantung pada usaha yang kita lakukan. Ada ilmu, ada pengalaman, tapi usaha hangat-hangat tahi ayam, tak payah berangan tinggi lah yer. 


Sekian. Wassalam.


(p/s: "The only source of KNOWLEDGE is EXPERIENCE. - Albert Einstein.)


Move On

$
0
0



Manusia datang dan pergi. Ada yang menyinggah, ada yang bermastautin, ada yang berhenti, jenguk-jenguk dan berangkat pergi, dan ada jugak yang macam pemandu kereta yang memperlahankan kereta untuk menjengah sisa-sisa kemalangan jalan raya. Pendek ceritanya, pelbagai ragam lah manusia ni.

Bagaimana manusia-manusia tersebut datang, bukanlah halnya. Bukan. Namun, yang lebih penting, kenapa mereka datang? Kalau mereka berhenti, apa yang mereka buat? (dalam bahasa yang lain, what are they doing when they are occupying the place?). Dan seterusnya, apa impak terhadap kedatangan mereka?


Ada yang datang tak berjemput. Tapi tak sampai hati pulak nak menghalau, hati suka, tapi tak rela sebabnya orang dah datang, kita kena appreciate. Ada yang dijemput-jemput. Tapi tak datang-datang pulak. Ada yang tiba-tiba datang, lepas tu, kita seronok pulak dengan kehadiran mereka. 

Hal-hal jiwa ni, sesetengah orang kata, "This subject is too abstract. So subjective. Some may take 'em lightly while some not. It's a matter of your heart, your mind and your soul. No matter how good the things are, or even how bad the things are, if you can't accept 'em, you just can't."

A friend once said, "Kalau kau rasa benda ni tak bawak faedah, cepat-cepat lupakan dan berlalu."


Kesimpulannya, bawa bertenang dan teruskan kehidupan. Hal-hal manusia menyinggah-nyinggah ni, tak bawak kau ke kemana pun. Kau tak kaya pun dengan hal-hal gini.


Bawa bertenang dan teruskan kehidupan.






Dengar saja perkataan MOVE ON, perkara yang orang akan fikirkan adalah PUTUS CINTA.
Perkataan yang amat sinonim bagi mereka yang mengalami HEART BROKEN.

Kita tak punya kuasa untuk mengubah perkara yang dah lepas dan berlalu.
Tapi kita punya kuasa untuk mengubah masa depan hidup kita.

Bergerak ke hadapan dan lupakan masa lalu.
 Bergerak ke hadapan dan tinggalkan segala yang menyakitkan.

Jangan salahkan takdir yang kejam kalau kita tak berusaha mengubah takdir kita.
Jangan salahkan orang lain kerana terus menerus menyakiti andai kita sendiri tak mahu mengubah hidup kita.

Kita yang biar diri kita diselubungi kesedihan.
Kita yang tak nak keluar dari kehidupan yang malap itu.
Kita yang biar hidup kita jadi macam tu, jadi kenapa menyalahkan orang lain kerana menyebabkan kita bersedih?

Biar kita sedih macam mana sekali pun, masa itu tetap berjalan.
Hidup itu tetap berterusan.
Masa takkan berhenti walaupun kita tak move on.
Kenapa perlu bazirkan masa? Kenapa perlu sia-sia kan hidup?
                                                                                                         
                                                                                                            
                      

         Pilihan itu terletak di tangan kita.
Menanti?
Atau melepaskan ia pergi?
Terpulanglah.

Jangan terlalu ikutkan hati, jangan terpedaya dengan emosi diri.
Berhadapanlah dengan kesedihan itu, dan pastikan kita mampu mengawal kesedihan kita.
Bukan kesedihan yang mengawal diri kita.

Just let it go.
Move on.
Mulakan kehidupan baru.
Berubahlah.
Tersenyumlah.
Yakin dengan diri, anda mampu melakukannya.



Nikmat terbesar di dunia

$
0
0



Hari ini, Ana nak kongsi sedikit cerita. Cuma sedikit. Cerita yang boleh buat kita berfikir dan seterusnya lebih menghargai tentang nikmat terbesar yang kita dapat dalam dunia ini.

Agak-agak, apa nikmat itu?

Situasinya terjadi di saat Ana dan 7 orang rakan yang lain bertemu dengan supervisor kami berkenaan final year project kami. Setelah berbincang, akhirnya kami mendapat kata sepakat untuk memilih tajuk osteoporosis. Ohh, lupa nak bagi tahu, supervisor kami adalah chinese, Madam Chua. Lembut dan baik orangnya.

Dalam perbincangan kami, tentang cari journal, cari artikel, cara nak kumpul data, subject yang akan digunakan, blablablablaa, ada sesuatu yang supervisor Ana cakap yang membuatkan Ana tersenyum dan bersyukur.

“Okay, kita akan buat research ini pada subject Melayu, Cina dan India. 
Ada beberapa factor yang boleh menyebabkan mereka high risk untuk mendapat osteoporosis. 
For your information, our country still in low risk osteoporosis. 
Sebab majority di negara kita adalah Melayu.

And your religion is good, 
Islam menghalang dari minum arak, 
dan kalau tak merokok lagi bagus kan? 
So, itu semua dah mengurangkan risiko untuk mendapat osteoporosis. 
Setiap hari kamu sembahyang 5 kali, 
kamu buat pergerakan banyak kali 
yang membuatkan otot kamu kuat dan flexible, 
itu pun sudah bagus dan kurangkan lagi risiko osteoporosis."



Agak-agaknya, dah tahu belum apa jawapan tentang nikmat tadi?

Ya, jawapannya, nikmat ISLAM & IMAN.
  
                  Ramai yang nampak kekayaan, harta benda, kebahagiaan dan kesihatan adalah nikmat terbesar yang mereka terima sampai mereka lupa, ISLAM dan IMAN adalah nikmat yang terbesar dalam hidup kita. Kita sangat bertuah dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. Orang yang bukan beragama Islam pun nampak kebaikan Islam, jadi, amatlah rugi dan buta mata hati kita yang Islam ini jika tidak dapat menilai apa yang ada di dalam Islam. 

               Okay, tak nak berceloteh panjang-panjang, cuba ambil masa dan renungkan sejenak. Adakah kita Islam yang sebenar-benar Islam atau sekadar Islam hanya pada i/c?



                Sekian, wassalam.


Ciri-Ciri Calon Suami

$
0
0



JAWATAN KOSONG:


Nama Jawatan:  

Menantu lelaki

Faedah dan kemudahan jawatan:
  1. Beristerikan anak-anak saya (InsyaAllah - lulusan Ijazah sarjanamuda dari USM dan UiTM)
  2. Bermalam dan makan percuma di rumah saya
  3. Boleh pinjam kereta dan motorsikal saya

Syarat dan Kelayakan Pemohon:
  1. Lelaki Islam
  2. Umur 20 tahun hingga 45 tahun (lebih dari tu baik saya kawinkan anak saya dengan kawan sekelas saya jer...)
  3. Solat 5 waktu
  4. Tidak merokok
  5. Rajin (tak berpelajaran tinggi takpe - rajin boleh tukar jadi wang, kalau berpelajaran tinggi tapi malas, apa pun tak boleh!)
  6. Akhlak yang baik
  7. Bujang diutamakan, duda...ok jer...suami orang masuk senarai calon menunggu!

Cara memohon:
  • Walk in interview
  • Perlu lulus demonstrasi menyangkul
  • Menjadi imam kepada saya solat maghrib/Isya'...Subuh lagi baguss....



Apa yang tertera di atas adalah post lecturer yang Ana amat hormati selama ini, Tn. Hj. Bahman. Ana kagum dengan post itu, maka Ana kongsikan ia bersama kalian. Andailah setiap ibu bapa yang ada di dunia ini meletakkan syarat yang serupa, pasti banyak masalah sosial yang terjadi sekarang mampu dihindari.

Benar, setiap perkara yang ada di atas adalah syarat terbaik untuk mencari calon suami. Perkahwinan itu bukan sekadar cinta semata-mata. Malah apa yang lebih penting dari cinta adalah sifat bertanggungjawab. Sebab itu takde dalam list tersebut, anda harus saling mencintai. Kerana ada juga pasangan yang pada mulanya tidak mencintai antara satu sama lain, tapi mampu untuk kekal bahagia. Rahsianya? Bercinta selepas nikah.

Bagi Ana, harta tak mampu menjamin kebahagian. Mungkin ada yang bercakap, “Eleh, cakap senang lah, dunia sekarang semua nak pakai duit, kalau takde duit, lagi tak bahagia.” Kalau kita sendiri dah letakkan nilai bahagia kita itu pada harta, memanglah kita takkan bahagia andai tak berharta. Harta itu milik Allah, pinjaman dari Allah, kalau kita berharta sekarang, esok lusa, mungkin akan ditarik balik nikmat itu. Letaklah syarat bahagia kita pada benda yang kekal abadi. Apa syarat itu? Fikirlah sendiri. Huu.

Sebab itu antara syarat-syarat Tn. Hj adalah “Rajin (tak berpelajaran tinggi takpe - rajin boleh tukar jadi wang, kalau berpelajaran tinggi tapi malas, apa pun tak boleh!)” Mentality masyarakat sekarang yang kita kena ubah adalah hantaran beribu-riban, gaji kena atas 3-4k, kereta besar kena ada, rumah kena ada, etc. Jadi, mereka-mereka yang tak punya kesenangan, tak layak untuk berumah tangga kah?

Point yang paling penting di atas adalah, SOLAT 5 WAKTU, dan mampu untuk menjadi imam. Rasanya point ni, tak perlu nak elaborate lebih-lebih. Semua orang dah tahu dah kenapa kan. 


Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah


(p/s: Berpada-padalah dalam meletakkan syarat dalam mencari calon teman hidup.)




Anak yang soleh

$
0
0


Hairul Hafidzie Bin Hairul Nizam

Lahirnya seorang lagi putera hati pada 23/04/2013,
Lahirnya membawa sinar baru dalam keluarga ini,
Lahirnya menghapus segala duka dan lara
Anugerah dari Ilahi adalah rezeki yang tidak ternilai,

Apabila mati seorang manusia,
Maka terputuslah segala amalannya,
Kecuali doa anak soleh,
Amal jariah,
Dan ilmu bermanfaat yang diajar dan ditinggalkn semasa hidup.

Harapan setiap ibu bapa apabila lahirnya permata hati,
Agar mereka mampu menjadi anak yang soleh/solehah,
Kejayaan itu yang di idamkan oleh setiap ibu bapa,
Kejayaan itu yang mampu membawa setiap ibu bapa menuju ke syurga Allah.




Setiap anak yang soleh itu,
Cintanya utuh pada Allah,
Rindunya tak putus pada Rasulullah.
Kasihnya teguh buat ibu bapa mereka.


Setiap anak yang soleh itu,
Setiap perlakuannya, tidak pernah membelakangi ibu bapa,
Setiap percakapannya, tidak pernah membantah kata-kata ibu bapa,
Malah, patuh dan taat akan setiap kata-kata ibu bapanya selagi ianya tidak melanggar syariat Islam.

Setiap anak yang soleh itu,
Menjaga akhlak dan tingkah laku mereka,
Mematuhi perintah Yang Maha Esa,
Dan sentiasa mencontohi peribadi Rasulullah.

Setiap anak yang soleh itu,
Sentiasa menghormati antara satu sama lain,
Tidak lelah mengejar ilmu pengetahuan untuk di dunia dan di akhirat
Tidak mudah berputus asa menghadapi dugaan kehidupan



Hairul Hafidzie Bin Hairul Nizam,
Semoga dengan bertambahnya umat Nabi Muhammad ini,
Mampu memikul syariat Islam sekukuhnya dalam hidupmu,
Mampu untuk menjadi anak yang soleh,
Mampu untuk menjadi penyejuk hati ibu bapa mu.

(p/s: Doa Acu sentiasa ada untuk anak-anak buah Acu tersayang.  )



Kehebatan Tat Nanas ROYAL ANANAS

$
0
0


Terasa nak buat promotion sikit hari ini.

Bagi penggemar tat nanas, ada info menarik untuk anda.


ASAL USUL TART ROYAL ANANAS

Bermula sekitar 2001 dengan nama Tat Gulong Hjh Rohani, 

tat ini dipasarkan di sekitar Ipoh, Perak. 

Pemiliknya Hjh Rohani,


yang juga merupakan ibu kepada brand creator Royal Ananas

menjana pendapatan sekitar RM30,000 sebulan,

untuk pasaran di Ipoh dan sekitar daerah di negeri Perak sahaja.




Dengan konsep OEM dan jualan terus sehingga hari ini, 


kami telahpun mengeluarkan sebanyak 1 Juta biji tat nenas

 yang telah pun dipasarkan sehingga ke Jepun, USA dan UK.

Kini, Tat Gulong Hjh Rohani


telah ditukar nama kepada Royal Pineapple Tart Rolls,

atau dikenali Tat Royal Ananas

dan memulakan operasi pengeluaran sepanjang tahun

bertempat di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.





Royal Ananas adalah sebuah kedai yang menghasilkan produk berasaskan nanas. Produk pertama keluaran mereka adalah tat nanas yang telah mula dipasarkan sejak dari zaman 90-an lagi.  Setelah berpuluh tahun memasarkan tat nanas, kepakaran mereka dalam menghasilkan tat gulong nanas, tidak dapat disangkal lagi. 

Royal Pineapple Tart Rolls telah berjaya menarik minat orang di luar negara untuk mencuba dan seterusnya berjaya menembusi pasaran di sana. Tat Royal Ananas tidak asing lagi di negara-negara Eropah.

Kini, Royal Ananas mula berkembang dan bakal mengeluarkan pelbagai produk lain yang berasaskan tat nanas. Main Outlet Royal Ananas terletak di No 22A, Lorong Elmina 3, Sungai Buloh Country Resort, 47000, Selangor Darul Ehsan.



Berminat untuk menjadi agen dan memulakan perniagaan anda hari ini bersama Royal Ananas?

Berminat untuk menjadi membership Royal Ananas daN boleh shopping di RA untuk diskaun sehingga 10% setiap hari dan 30% semasa 'Royal Ananas Day'?

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi di Talian: 012-2585159/ 013-3778073/ 03-60381024
                                                                Website: www.royalananas.com
                                                             Facebook: www.facebook.com/RoyalAnanas


Rasanya post sebelum ini pun ada tentang tat nanas homemade yang mak Ana sendiri buat. Ana bukanlah peminat tat nanas. Tata nanas yang Ana makan pun, hanya yang mak Ana buat. Tapi, bila dah rasa tat Royal Ananas, rasa macam hari-hari nak makan. 

Sedap. Sungguh. Tak percaya, boleh cuba sendiri. Tat Royal Ananas bukanlah tat kilang, tidak sama sekali. Tat Royal Ananas masih menggunakan cara tradisional untuk membuatnya. Bayangkanlah, hari ini ada customer datang beli sebekas, esoknya, dia datang lagi, sebab tak cukup katanya. Hehe. Tat Royal Ananas tak mampu bertahan lama setelah dibuka, pasti habis sebekas.



Kalau tak percaya, boleh datang outlet Royal Ananas yang terletak di Saujana Utama, Sungai Buloh. Bersebelahan dengan petronas, dan berhadapan dengan ayamas. Free tester. Sekali rasa, pasti nak lagi.

Jemput datang beramai-ramai. Order online pun boleh. ;)



SELAMAT MENGUNDI

$
0
0


Tak payah nak cerita banyak.

Tak payah nak macai sana, macai sini.

Esok 5 Mei 2013, keluar mengundi. Habis cerita.

Kutuk-kutuk apa dapat?

Buat kumpul dosa sebakul jer.

Biarlah dia orang BN ke, orang PR ke.

Kita semua tetap rakyat Malaysia.

Jaga akhlak, jaga adap, jaga budi bicara.

Tenang-tenang sudah.

Selamat mengundi.


(p/s: Berhujah lah dengan memberi analogi yang mampu diterima pakai oleh logik akal. Jangan berhujah dengan analogi yg menampakkan kebodohan diri.)


4/5/2013

$
0
0


PBAKL 13

IRON MAN 3

4/5/2013
PBAKL 13
Iron Man 3
KFC Korean Crunch
Segalanya dalam 1 hari



4/5/2013
Nampak seperti hari biasa
Tapi ini adalah hari yang membawa perubahan
Mungkin, ini adalah hari yang biasa bagi orang lain
Tapi ini adalah hari yang luar biasa bagi aku


4/5/2013
Setiap yang berakhir
Tanda akan ada permulaan yang baru
Buang yang menyakiti
Ambil yang membahagiakan


4/5/2013
Tekad demi satu perubahan
Tegar demi satu kebahagiaan
Buang yang keruh
Ambil yang jernih


4/5/2013
Segalanya berakhir di sini
Kini mula era baru dalam kehidupan


4/5/2013
Terima kasih Ya Allah


Hidup adalah satu pilihan

$
0
0



"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya.
(al-Baqarah:216)




Kadang-kadang, Allah dah lama bagi petunjuk dekat kita,
Tapi kita yang tak sedar
Dan tak nak sedar
Sebab petunjuk itu bukan apa yang kita mahukan
Maka kita terus menerus menutup mata, hati dan telinga,
Dari menerima apa yang Allah dah beri petunjuk.


Kita keraskan hati,
Kita pertahankan apa yang kita mahukan,
Walaupun berkali-kali tersungkur,
Walaupun berkali-kali menangis,
Kita tetap tak mahu terima hakikat kebenaran,
Kerana itu bukan apa yang kita mahukan.


Ada kalanya,
Perkara yang terlalu lama kita pertahankan,
Tapi hanya mendatangkan aura negative dalam diri,
Maka adalah lebih baik kita melepaskannya pergi.
Sakitnya hanya sementara,
Untuk bahagia yang lebih berpanjangan.





Kata orang, hendak seribu daya.
Tak hendak seribu dalih.
Jika kita benar-benar tekad
dan benar-benar usaha untuk melakukan sesuatu perkara,
maka ianya tidak mustahil untuk terjadi.


“Dunia ni senang kalau kita tak manja”


Yakin pada diri,
Takut untuk mencuba,
Takut untuk mengambil risiko,
Takut untuk melakukan perubahan,
Maka tangga kehidupan kita takkan pernah berubah.
Jangan terkejut andai kehidupan kita semakin hari semakin teruk.



(p/s: Hidup ini adalah pilihan. Bahagia atau derita, pilihan di tangan sendiri.)

Papitusulem, Sekinchan

$
0
0



Here we are!! Papitusulem! 
Sebut betoi-betoi naa, Papitusulemm!!
Sekarang cuba sebut lelaju pulak, PAPITUSULEM!
Ohsem! (^o^)

Sejarah Papitusulem,
Masyarakat kampung di sini, majoritinya adalah dari keturunan JAWA.
Nama  Papitusulem adalah singkatan atau akronim bagi Parit Tujuh Sungai Leman 
(Parit Pitu Sungai Leman – dalam bahasa Jawa)
Nice kan? Tersangat menarikk bagi Ana.

Lebih menarik,
Hijaunya pemandangan di sini,
Menenangkan jiwa, merehatkan mata.
Terbentang sawah padi dari awal kami masuk ke kampung ini.

Hilang sakit hati tunggu bas yang tak kunjung tiba selama 2 jam,
Terpaksa pergi naik kereta,
dan perjalanan yang memakan masa hampir sejam setengah,
Rasa tak menyesal datang bila melihat keindahan sawah padi.
Subhanallah.
Benar, tiada yang mampu melawan keindahan ciptaan Illahi.

Senyum walaupun dah tunggu bas berjam-jam. Ambil gambarlah katakan. :D
Barisan physio-physio yang bakal berkhidmat untuk masyarakat Papitusulem!

 Al-kisah, tibanya kami di Sekinchan,
Adalah untuk Program Anak Angkat & Karnival Kesihatan 2013,
Kami dijemput untuk melakukan aktiviti kesihatan di sana,
Ramai juga yang terlibat,
Ada dari  Nutrition & Dietetics, Medical Laboratory Technology, Optometry, Nursing
Dan kami PHYSIOTHERAPY!

Walaupun banyak masalah yang timbul,
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar.
Penduduk di sini memberikan sokongan yang sepenuhnya pada kami,
Sungguh mereka sangat baik hati,
Dan yang paling penting,
Mereka bersemangat untuk tahu di mana tahap kesihatan mereka.

Kumpulan Ana melakukan sedikit ujian,
Untuk tahu risiko masyarakat di sini untuk dapat osteoporosis/ tulang rapuh.
Bagi Ana, selepas beberapa ujian di buat,
Majoriti penduduk di sini, sihat.
Dan mereka masih kuat walaupun usia sudah mencecah 50-60 an.
Mungkin kerana mereka bergerak aktif, berdasarkan aktiviti mereka di sawah padi.

Cuma mereka sedikit bimbang mengenai paru-paru mereka,
disebabkan mereka terdedah dengan pelbagai bau racun.
Sampai ada yang minta kami untuk buat research dan ujian untuk tahu tahap kesihatan paru-paru mereka.
Insya-Allah, akan di usahakan jika tiada aral.

Kawasan di dalam dewan, tempat aktiviti dijalankan.

Ini pula gait speed, untuk tahu kelajuan seseorang itu berjalan. 
Berdasarkan kajian, semakin perlahan seseorang itu berjalan, 
semakin tinggi risiko mereka untuk jatuh 
dan seterusnya semakin tinggilah risiko untuk mendapat osteoporosis.



Ini pula adalah balance test/ ujian kestabilan diri.
Kalau tak balance, maka risiko untuk jatuh dan dapat osteoporosis juga tinggi.


Dan ini pula adalah hand grip test,
untuk menguji kekuatan otot di tangan.
Sebenarnya ada 7 test yang dijalankan,
Dan ini hanyalah sebahagian dari test-test itu yang dapat Ana kongsikan.
Majoriti penduduk di sini lulus dengan jayanya. Tahniah!

Segala keputusan test yang kami dapat,
Akan digunakan dalam research kami nanti,
Yer, final year project!
Sekejapan dah final year, tak percaya betoiii!
Benar, masa itu berlalu dengan sungguh pantas.
Apa yang kita lakukan dengan masa itu?
Sama-sama muhasabah diri.


Banyak sebenarnya moment yang terjadi hari ini,
Walaupun Ana banyak berfikir lepas balik rumah,
Hakikatnya, hati Ana lebih lega dan makin lapang.
Ambil pengajaran dari setiap apa yang terjadi,
Terima kasih buat mereka.
Kalian tahu apa yang telah kalian lakukan.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Barang yang lepas, usah dikenang.
Hapuskan dendam, sucikan hati.
^___^



(p/s: Buat mereka yang sering update post ESPIRANZA, terima kasih diucapkan. Namun tak semua post ini adalah berkaitan diri Ana. Sebahagian darinya adalah dari kisah sahabat, luahan hati mereka yang Ana kongsikan di sini dalam bentuk umum. Jangan tersalah faham segalanya adalah tentang perasaan Ana. Terima kasih atas nasihat itu. >_< )

Couple?

$
0
0



Rin: Aku dah couple dengan Faris.

Sarah: Whatt??? Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni??

Rin: Aku tahu. Aku sedar. Aku waras masa aku terima dia.

Sarah: Apa yang kau dah buat ni Rin?? Kau memang ada perasaan kat dia ke apa??

Rin: Tak.

Sarah: Habis tu, apa motif kau terima dia? Mana pegangan kau selama ni??

Rin: Hmm. Sebab dia sayang aku.

Sarah: Kalau dia betul-betul sayangkan kau, couple bukan jalan nya! Lelaki yang baik, tahu apa yang mereka patut buat apabila sayangkan seseorang perempuan. Suruh jer dia masuk meminang.

Rin: Kitorang muda lagi, dia nak kumpul duit dulu, kahwin bukan perkara mudah.

Sarah: Kumpul duit, sambil kumpul dosa? Islam itu mudah, kita yang menyusahkan apa yang dah sedia mudah.

Rin: Aku tahu lah nak jaga diri aku. Aku tahu batas-batas lagi lah!

Sarah: Mana Rin yang aku kenal? Rin yang tolak ramai lelaki sebab prinsip dia tak mahu couple? Rin yang tegas menjaga batas hubungan dia dengan lelaki? Rin yang jaga adap dan akhlak dia dalam kehidupan dia?? Sekarang ni aku tengok, kau dah makin tak kisah nak jaga semua tu. Apa masalah kau ni sebenarnya Rin?

Rin: Aku bosan. Aku sunyi. Aku perlukan seseorang untuk teman aku. Faris jer tak pernah putus asa walaupun aku pernah reject dia berkali-kali. Dia sanggup tunggu aku bertahun-tahun. Aku rasa, tak salah kalau aku bagi dia peluang.

Sarah: Habis tu, kau dah putus asa dengan Allah? Tak cukup Allah teman kau selama ini?

Rin: *Terdiam dan menangis*

********************



Sahabat yang baik itu adalah sahabat yang sentiasa membawa kita ke jalan yang benar.

Terimalah seseorang apabila kita bersedia untuk menjadi seorang isteri/suami, bukan hanya kerana rasa sunyi, cemburu dan sebagainya.

Jangan merendahkan martabat diri sendiri.

Percayalah pada Allah dan jangan pernah putus asa dengan Allah.






Viewing all 142 articles
Browse latest View live